fbpx

118 kaki judi online dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan antara gadjet yang dirampas dalam OP Dadu Kontinjen Johor yang digunakan untuk judi dalam talian pada sidang akhbar di IPK Johor Bahru, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menahan seramai 118 individu sepanjang dua minggu pelaksanaan operasi khas Op Dadu Kontinjen Johor yang memberi tumpuan khas kepada sindiket perjudian atas talian di seluruh negeri ini bermula 15 Julai hingga 31 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi itu turut menyaksikan tindakan pemotongan bekalan elektrik dilakukan terhadap beberapa premis terlibat.

Jelas beliau, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah menyerbu 90 premis di seluruh Johor yang mana majoriti daripadanya merupakan premis rumah kedai.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 19 hingga 58 tahun dan melibatkan seramai 99 orang penjaga premis dan 19 orang pemain.

“Menerusi semua serbuan yang dijalankan, polis turut merampas 125 telefon bimbit, satu unit komputer, satu unit tablet dan wang tunai berjumlah RM20,184,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Tambahnya, sindiket berkenaan menyasarkan mangsa daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah, kakitangan kerajaan dan juga warga emas. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI