fbpx

Saharul Ridzwan berserban, redup mata peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHARUL RIDZWAN

TENGOK penampilan terkini pelakon Saharul Ridzwan memakai serban, sejuk rasa mata yang memandang.

Terserlah ketampanan pelakon berbadan sasa itu bila tampil dengan imej sebegitu. Bukan Diva seorang sahaja yang rasa begitu, bahkan ramai pengikutnya dalam Instagram juga memberikan pendapat yang sama.

Rata-rata memuji penampilannya yang disifatkan lebih baik dan menyerlahkan lagi ketampanan sedia ada.

Malah, ramai juga yang mendoakan supaya Saharul istiqomah dan kekal dengan imej sebegitu dan menjadi insan yang lebih baik.

Memang sejak akhir-akhir ini, Saharul dilihat mula mengalami perubahan fasa dalam hidupnya termasuk daripada segi penampilannya.

Baguslah kalau begitu. Setiap insan akan mengalami perubahan dalam fasa hidup mereka. Sekurang-kurangnya Saharul berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ini.

DIVA: Harap konflik antara Siti Nordiana dengan Syura, Lan Solo serta tiga individu lain dapat diselesaikan dengan cara baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI