fbpx

Tiada menteri letak jawatan, masih sokong PM– Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina bergambar bersama penerima Bantuan Khas Taska ketika program PEMULIH di Bandar Baru Salak Tinggi hari ini.

SEPANG – “Setakat ini, tidak ada lagi peletakan jawatan mana-mana menteri. Alhamdulillah, semalam kami bermesyuarat kabinet macam biasa,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Rina berkata, semua menteri Kabinet memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun banyak desakan supaya beliau meletakkan jawatan timbul.

“Semalam mesyuarat kabinet tiada siapa yang meletak jawatan. Saya fikir daripada semua (yang hadir mesyuarat) memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri untuk meneruskan kerajaan, tidak kira daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) semua sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemantauan dan penyampaian Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Taska Nur Qasih Ixora di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini hari ini.

Rina berkata, ketika ini fokus diberikan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan kesukaran berikutan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

Beliau berkata, pihaknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya fokus diberikan kepada kemaslahatan dan isu rakyat.

Menurutnya, sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, sejumlah RM530 bilion sudah disalurkan kerajaan untuk bantuan rakyat sehingga kinim

“Ini yang kita kena uar-uarkan kerana mungkin ada yang tidak tahu atau tidak menyedari bantuan itu sudah diberikan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI