fbpx

NGO bantu penduduk Orang Asli Bateq Taman Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSLAN Abu Kassim (empat dari kanan) bersama penduduk Orang Asli etnik bateq ketika menyampaikan bantuan bakul makanan di Kampung Atok di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Sebanyak 88 buah keluarga Orang Asli etnik Bateq di enam buah kampung di Taman Negara Kuala Tahan di sini menerima bantuan makanan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ecotourism & Conservation Society of Malaysia (Ecomy) di sini, hari ini.

Pengerusi Bird Group Taman Negara (BGTN), Roslan Abu Kassim berkata, bantuan barang keperluan dapur itu merupakan antara program kebajikan dan kemanusiaan Ecomy yang disalurkan kepada BGTN untuk disampaikan kepada masyarakat Orang Asli.

“Penerima bantuan ini melibatkan 21 keluarga Orang Asli di Kampung Yong, Kampung Atok (25 keluarga), Kampung Dedari (15 keluarga), Kampung Aur (13 keluarga) dan masing-masing tujuh keluarga di Kampung Teresek dan Kampung Tabung.

“Ecomy juga turut menyumbangkan sebanyak 20 buah lampu ‘SunKing Pro’ bagi kemudahan pencahayaan dan keselesaan kepada masyarakat Orang Asli etnik Bateq Kampung Yong pada waktu malam,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Roslan, Ecomy memperolehi sumbangan dana daripada beberapa badan korporat di Kuala Lumpur, iaitu Veritas Design Group, Vinod Sekhar Foundation, Crowe Malaysia PLT, Yayasan Hasanah serta dermawan yang bersimpati dengan Orang Asli etnik Bateq Taman Negara.

Katanya, tugas menyediakan pek makanan dan mengagihkan bantuan kepada penduduk Orang Asli dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan kerjasama tok batin berkenaan.

“Bantuan ini diagihkan berikutan keluarga berkenaan terputus barang keperluan dapur sejak awal penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita bersyukur dan berterima kasih kepada Ecpomy yang memfokuskan kebajikan penduduk minoriti Taman Negara. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI