fbpx

Lelaki mati tepi jalan akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pasukan kesihatan memeriksa seorang lelaki yang terbaring di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Tanjung Sepat Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki yang ditemui terbaring di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Tanjung Sepat di sini sehingga tular disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Kejadian tersebut tular di laman sosial hari ini menerusi video berdurasi 19 saat memaparkan pasukan perubatan melakukan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang pada Rabu lalu dengan anggota Balai Polis Tanjung Sepat menerima aduan berhubung seorang lelaki terbaring di tepi jalan daripada orang awam.

Katanya, pihak polis kemudiannya telah menghubungi pegawai kecemasan klinik kesihatan Tanjong Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian.

“Pegawai kesihatan telah mengesahkan lelaki berusia 53 tahun itu telah meninggal dunia.

“Siasatan awal dijalankan mendapati tiada unsur jenayah sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, hasil bedah siasat mendapati sebab kematian akibat Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI