fbpx

Arab Saudi hantar tiga kapal terbang penuh bantuan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada pesawat Saudia Airlines yang membawa bantuan peralatan perubatan selamat tiba di tanah air semalam.

PETALING JAYA – Kerajaan Arab Saudi telah menghantar tiga kapal terbang dipenuhi muatan bantuan peralatan perubatan untuk Malaysia.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua daripada pesawat itu telah selamat mendarat di tanah air semalam dan sebuah lagi dijangka akan tiba hari ini.

“Baru lima hari lepas Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan Covid-19 dihantar ke Malaysia sebanyak tiga pesawat Saudia Airlines dihantar kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan ini. Alhamdulillah

“Insya-Allah saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI