fbpx

1,020 pokok sawit haram dalam hutan simpan dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok kelapa sawit yang ditanam secara haram dimusnahkan menggunakan jengkaut

SHAH ALAM – Sebanyak 1,020 batang pokok sawit yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan berjaya dimusnahkan dalam Ops Langat yang berakhir hari ini.

Turut disita dalam operasi bermula 26 Julai lalu itu adalah sebuah motosikal yang digunakan dua penceroboh. Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, kesemua pokok pelbagai saiz dan usia itu dimusnahkan menerusi tiga kaedah iaitu jengkaut sebanyak 100 batang, gergaji besi atau parang (210) dan penggunaan racun (710).

Katanya, operasi dengan kekuatan 90 pegawai dan anggota itu hasil kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melibatkan keluasan kira-kira 10.8 hektar.

“Kita juga menyita sebuah motosikal di sebahagian kompartmen 13 hutan simpan itu susulan dua individu dipercayai sedang menjalankan aktiviti menggembur tanah.

“Bagaimanapun, pasukan operasi gagal membuat sebarang tangkapan kerana kehadiran telah dikesan lebih awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, kes akan disiasat di bawah peruntukan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Ahmad Fadzil menegaskan, JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor.

“Kita akan sentiasa bersiap siaga meneruskan pemantauan berkala di kawasan ini untuk mengekang sebarang aktiviti penerokaan baharu,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kegiatan penduduk daerah Kuala Langat menceroboh Hutan Simpan Kuala Langat Selatan bagi melakukan penanaman haram kelapa sawit dimusnahkan dalam Ops Langat oleh pihak berkuasa. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI