fbpx

Raja Thailand beri pengampunan diraja kepada 200,000 banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Maha Vajiralongkorn berkenan beri pengampunan diraja buat 200,000 banduan di Thailand. - AFP

BANGKOK – Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn berkenan memberikan pengampunan diraja kepada 200,000 tahanan penjara sempena sambutan ulang tahun ke-69 baginda, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

Seramai 35,000 banduan daripada jumlah tersebut pula akan dibebaskan dengan parol manakala selebihnya mendapat pengurangan hukuman seiring dengan titah baginda.

Ketua Pengarah Jabatan Pembetulan, Aryut Sinthoppan berkata, tahanan tersebut sama ada akan dibebaskan atau dikurangkan hukuman di bawah Dekri Pengampunan Diraja 2021 dalam tempoh 120 hari bermula semalam.

“Kesemua 35,000 banduan yang layak dibebaskan dengan parol kini berada di 143 penjara di seluruh negara,”kata Aryut.

Beberapa peraturan baharu turut ditambah dalam dekri tersebut termasuk membebaskan beberapa tahanan warga emas yang menghidap sakit kronik.

Tahanan berusia 60 tahun dan keatas yang menerima rawatan sekurang-kurangnya setahun bagi salah satu penyakit seperti lumpuh, nyanyuk, gangguan otak, penyakit paru-paru, anaemia dan kegagalan hati layak diberi pembebasan awal.

“Dekri baharu ini bagaimanapun tidak diguna pakai ke atas kesalahan seperti kesalahan jenayah berulang, tidak berkelakuan baik dalam tahanan, penyeludupan dadah dan berdepan hukuman mati,” tegas Aryut -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI