fbpx

Majlis akad nikah dibenar di masjid kariah bermula Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menetapkan majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan diperluaskan ke masjid-masjid kariah terpilih bermula 1 Ogos ini.

Berbanding sebelum ini, majlis akad nikah hanya dibenarkan di Jawi Cawangan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, sebanyak 12 buah masjid terpilih dibenarkan bagi majlis akad nikah itu masing-masing lapan buah di Kuala Lumpur, Putrajaya (tiga buah) dan Labuan (sebuah).

Beliau berkata, masjid yang dibenarkan di Kuala Lumpur adalah Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Imam Al-Ghazali, Masjid Salahuddin Al-Ayubbi dan Masjid As-Shafie, Masjid Usamah bin Zaid, Masjid Al-Muqarabbin dan Masjid Al-Rahman.

“Manakala, di Putrajaya pula adalah Masjid Tuanku Zainal Abidin, Masjid Putra dan Masjid Mahmoodiah serta Masjid An-Nur di Labuan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Jelas beliau, perluasan lokasi majlis akad nikah itu dibuat demi kemaslahatan umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam tempoh Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, pihaknya turut menetapkan majlis akad nikah dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Jawi sahaja. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI