fbpx

Stesen televisyen beli hak siaran majlis nikah Lesti, Rizky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN Lesti Kejora dan Rizky Billar.

KISAH percintaan antara pasangan kekasih popular seberang, Lesti Kejora dan Rizky Billar yang bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi memang sudah diketahui umum.

Malah, ketika majlis pertunangan mereka baru-baru ini berlangsung dalam suasana mewah dan eksklusif.

Terkini, timbul khabar angin apabila hak siaran majlis pernikahan Lesti dan Rizky kononnya telah dibeli sebuah stesen televisyen tempatan dengan nilai yang cukup tinggi sehingga mencecah puluhan bilion rupiah (jutaan ringgit).

“Benar, majlis kami telah dibeli hak penyiaran oleh salah sebuah stesen televisyen swasta. Harganya cukup lumayan. Tapi tidaklah sehingga mencecah puluhan bilion rupiah,” ujar Rizky.

Bagaimanapun sehingga saat ini, kedua-dua pasangan itu masih belum memutuskan tarikh sebenar majlis pernikahan mereka akan diadakan kerana situasi pandemik Covid-19 yang masih buruk di Indonesia.

“Kalau boleh saya mahu semua keluarga, saudara dan sahabat berada di majlis pernikahan kami. Tunggu keadaan stabil, kami akan umumkan tarikhnya secepat mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI