fbpx

Mawar berjaya kumpul RM75,000 dalam dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR RASHID

PETALING JAYA – Pelakon Ma­war Rashid tidak pernah me­­nyangka dan terlintas di fi­ki­rannya apabila berjaya me­ngumpulkan wang lebih RM75,000 hasil sumbangan daripada orang ramai dalam tempoh dua hari sahaja.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashi, 26, berkata, wang hasil sumbangan itu akan disalurkan terus kepada Hospital Selayang bagi menampung kos pembelian beberapa peralatan termasuk troli jenazah dan tong oksigen.

“Selain Hospital Selayang, saya juga serahkan sumbangan kepada Hospital Ampang bagi menampung kos pembelian beberapa peralatan yang mereka perlukan.

“Alhamdulillah, semoga usaha dan bantuan kecil saya ini dipermudahkan Allah.

“Terima kasih juga atas soko­ngan dan bantuan yang dihulurkan termasuk daripada rakan selebrti seperti Zoey, Zarina Anjoulie, Eyra Hazali dan lain-lain,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Mawar berkata, dia juga bangga akan keprihatinan rakyat negara ini yang begitu bermurah hati walaupun ketika negara dihimpit pandemik Covid-19 dan ramai yang terkesan.

“Alhamdulillah, saya memang betul-betul tak pernah menyangka dapat mengumpul wang bantuan sebanyak ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik anda semua dan moga kita semua dimurahkan rezeki kelak,” ujarnya.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu turut mengambil inisiatif dengan meng­hulurkan wang peribadi miliknya sebanyak RM20,000 ba­gi tujuan membeli tong oksigen yang semakin kritikal dan berkurangan di hospital.

Kelmarin, Mawar menerusi sesi siaran langsung (IG Live) berjaya mengumpul dan me­ngutip dana sebanyak RM35,000 hasil sumbangan daripada pengikutnya hanya dalam masa sejam bersiaran.

“Mawar sangat gembira de­ngan rakyat di negara ini. Buat live semalam (kelmarin) dapat kumpul RM35,000 dalam masa sejam.

“Saya sangat hargai kamu semua. Nak nangis rasanya. Saya bangga dengan anda semua. Rakyat Malaysia semua pemurah dan baik hati.

“Ada yang derma RM3O, RM50, RM200, RM3 pun ada. Mawar doakan kepada anda semua yang dah buat sumbangan agar dilipatgandakan rezeki,” tulisnya sebagai kapsyen.

Pelakon drama Suamiku Pa­ling Sweet itu memberitahu, sumba­ngan terkumpul pa­da hari pertama IG Live akan digunakan untuk membeli dua unit troli bagi memindahkan jena­zah mangsa Co­vid-19 dari wad ke Unit Forensik di Hospital Sela­yang.

Harga pasaran troli bagi berke­naan dianggar­kan sekitar RM35,000 seunit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI