fbpx

Kapal tangki ditahan pindah minyak secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Belize, Amerika Tengah ditahan kerana disyaki melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor pagi semalam. - Foto IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki berdaftar di Belize, Amerika Tengah berjaya ditahan kerana disyaki cuba melakukan pemindahan minyak ship to ship (STS) dengan sebuah kapal di bawah tahanan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor yang sedang dalam proses menunggu perbicaraan.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki berkenaan ditahan di perairan Johor Timur di kedudukan 6.7 batu nautika timur laut Tanjung Balau kira-kira pukul 3.45 pagi semalam.

“Penahanan dibuat berikutan maklumat bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Penawar melalui talian telefon daripada kru sebuah kapal tahan APMM yang mengadu telah dipaksa untuk menerima kehadiran sebuah kapal tangki tidak dikenali untuk merapat bagi melakukan aktiviti yang tidak diketahui.

“Zon Maritim Tanjung Sedili kemudian mengesahkan status aduan dengan menghubungi kapal yang ditahan sebelum sebuah kapal serta bot ronda APMM diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mengesan kapal tangki yang dilaporkan.

“Berikutan itu sebuah kapal tangki yang berdaftar di Belize, Amerika Tengah telah ditahan bersama 10 kru warga Indonesia berumur di antara 24 hingga 60 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya pemeriksaan lanjut mendapati, kapal tersebut telah cuba melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram dengan kapal yang masih dalam tahanan Maritim.

Katanya, nakhoda kapal juga telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dan kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak.

“Nakhoda dan ketua jurutera kedua-dua buah kapal itu seterusnya dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk sisatan lanjut.

“Kapal tangki serta kru telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Seksyen 491B (1)(K), menjalankan aktiviti STS tanpa kebenaran.

“Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya lagi.

Nurul Hizam berkata, Maritim Malaysia juga akan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamatan perairan negara terjamin dan terpelihara.

Jelasnya, sebarang aduan salah lalu jenayah maritim di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI