fbpx

Aaliyah kena Covid-19, lebur impian ke Kejohanan Remaja Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AALIYAH sepatutnya berlepas ke Florida 26 Julai lalu untuk latihan sebelum menyertai Kejohanan Remaja Dunia 2020.

HASRAT ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah untuk cuba menjuarai Kejohanan Remaja Dunia dalam tahun terakhirnya sebagai peluncur remaja tidak kesampaian selepas dia disahkan dijangkiti Covid-19 awal minggu ini.

Aaliyah, 18, dan ayahnya merangkap jurulatihnya, Hanifah Yoong kini menjalani kuarantin di rumah.

Mereka sepatutnya berlepas ke Florida, Amerika Syarikat pada 26 Julai lalu untuk latihan selama tiga minggu di sana sebelum menyertai Kejohanan Remaja Dunia 2020 yang ditunda tahun lalu kepada 22 hingga 29 Ogos depan.

Selepas berbincang dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Persekutuan Waterski dan Wakeboard Malaysia (MWWF) akhirnya membuat keputusan untuk tidak menghantar Aaliyah menyertai kejohanan itu.

“Saya tak rasa banyak yang boleh dilakukan dalam situasi ini walaupun saya sudah sembuh selepas menjalani kuarantin. Saya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan persiapan.

“Sudah tentu kecewa kerana saya mahu cuba memenangi gelaran juara remaja dunia selepas layak tahun lepas untuk kategori bawah 17 tahun,” kata Aaliyah.

Adik kepada bekas pemandu Formula Satu pertama negara, Alex Yoong itu bertekad untuk menebus kekecewaan tersebut dengan layak ke Kejohanan Dunia tahun depan selain memenangi dua kejuaraan pada Kejohanan Dunia B21 2023.

“Dia (Aaliyah) sudah banyak berkorban semata-mata untuk kejohanan ini. Ia amat menyedihkan kerana situasi ini terjadi ketika dia berada pada tahap terbaik,” jelas Hanifah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI