fbpx

SLDB, GHTEP jalin usaha sama bangunkan industri Sacha Inchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanaman Sacha Inchi

PETALING JAYA – Sabah Land Development Board (SLDB) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Greatly Hi Tech Eco Park Sdn. Bhd. (GHTEP) untuk menjalin kerjasama strategik bagi menjayakan projek penanaman dan membangunkan industri berasaskan Sacha Inchi.

Tanaman Sacha Inchi yang berasal dari Peru, Amerika Selatan itu telah ditanam sejak 3,000 tahun lalu oleh masyarakat ta­madun Inca dan menjadi sumber protein untuk makanan, perubatan, kesihatan dan dijadikan produk kecantikan.

Pelbagai kajian yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa mendapati minyak daripada kacang Sacha Inchi mengan­dungi protein yang tinggi dan kaya Omega 3, 6 dan 9, malah kandungan Omega 3-nya lebih 12 kali ganda daripada ikan salmon.

Ketua Pegawai Eksekutif GHTEP, Suraya Suhaili berkata, bersandarkan kepada faktor tanaman yang kurang memberi impak negatif ke atas alam sekitar tetapi memberi manfaat daripada aspek nutrisi berkhasiat, projek kerjasama antara SLDB dan GHTEP bakal memberi impak positif kepada masyarakat di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan dan memperbaiki kehidupan yang lebih baik.

“Kesungguhan SLDB harus menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain untuk merebut peluang dan bersaing dengan negara China, Vietnam, Laos dan Thailand yang kini semakin agresif membangunkan tanaman dan pengeluaran produk.

“Kerjasama ini juga bakal menghasilkan produk premium berasaskan Sacha Inchi,” katanya dalam kenyataan.
Suhaili menjelaskan, usaha sama ini memberi peluang kepada SLDB untuk mempelbagaikan aktiviti penanaman agar tidak bergantung kepada satu atau tanaman tertentu sahaja.

“Diharapkan kerjasama ini adalah pemangkin kepada Pelan Pemulihan Negara kerana negara kini amat memerlukan satu lonjakan baharu bagi menghadapi pasca Covid-19,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI