fbpx

Senyuman Farah Ann curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senyuman ratu gimnas negara menjadi tumpuan warganet hari ini.

PETALING JAYA – Senyuman ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi mencuri tumpuan warga maya hari ini ketika atlet itu beraksi pada pusingan awal temasya Olimpik Tokyo 2020 ketika ini.

Beliau kini sedang mengumpul mata keseluruhan dalam melengkapkan empat disiplin wajib ketika saingan peringkat awal temasya terbesar dunia itu.

Terkini Farah Ann berada pada kedudukan 53 secara keseluruhan dan mengumpul 48.565 mata.

Ketika melakukan tugasnya kepada negara, Farah Ann dilihat tidak lekang dengan senyuman dan sempat menunjukkan tanda hati kepada penyokong di tanah air.

“Jom sama-samo kita mendoakan Farah Ann untuk ke peringkat seterusnya, walaupun ada dua disiplin yang tidak digemarinya tetapi dia tetap cuba yang terbaik buat Malaysia, Farah kebanggaan kita” jelas @discoveringg.

“Tengok senyuman dia macam hilang masalah yang kita hadap, semoga berjaya Farah. Kami tetap bersama anda. Siapa yang komplain pasal dia aku akan baling pisau,” ciap @ShafSyadza.

Hanya 24 gimnas terbaik akan mara ke pusingan akhir, keputusan penuh bakal diketahui pada pukul 9 malam waktu tempatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI