fbpx
entolak yang dirakam melintas pelamin yang didirikan berhadapan jalan utama kawasan rumah pengantin. - Instagram

Jentolak dan lori kambing jadi tetamu majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Kabupaten Kuningan, Jawa Barat menjadi tular di media sosial apabila pelaminnya dilintasi pelbagai jenis kenderaan seperti jentolak, lori angkut kambing dan ambulans, lapor Detik.news, hari ini.

Menerusi rakaman video di laman Instagram @noey.arasima, pelamin pasangan pengantin yang didirikan betul-betul berhadapan jalan utama menjadikan laluan tersebut dibuka kepada semua kenderaan untuk lalu-lalang.

Pemilik video yang juga jurugambar majlis perkahwinan, Nur berkata, ramai yang menyangka video itu palsu dan ada juga yang mengatakan ia merupakan majlis pandu lalu.

“Sebenarnya, majlis perkahwinan itu bukan pandu lalu tetapi pelamin pengantin didirikan di hadapan jalan utama.

“Maka keluarga tidak mampu menghalang laluan kenderaan termasuk jentolak, ambulans dan lori pengangkut kambing ketika majlis berlangsung,” kata Nur.

Tambah Nur, dia tidak menyangka rakaman itu akan menjadi tular kerana tujuan asal hanyalah merakam suasana majlis secara spontan. – Agensi

POPULAR