fbpx

Gerrard tidak akan sesekali sertai Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD mengakui terkejut apabila namanya turut tersenarai sebagai calon untuk mengemudi Everton sebelum Benitez dilantik. – AFP

LIVERPOOL – Legenda Liverpool, Steven Gerrard mendedahkan bahawa beliau cukup terkejut ketika kali pertama dikaitkan dengan jawatan sebagai pengurus Everton sebelum ini.

Kelab tersebut memulakan langkah mencari pengurus baharu sebelum ini selepas Carlo Ancelotti meletakkan jawatan untuk menyertai Real Madrid.

Gerrard yang membimbing Rangers merangkul kejuaraan Liga Scotland musim lalu turut tersenarai sebagai calon yang mungkin akan mengisi kekoso­ngan berkenaan.

Bagaimanapun, Gerrard me­ngakui biarpun beliau terkejut yang mengaitkannya dengan Everton, beliau mengakui bahawa ia tidak akan sesekali berlaku.

“Saya terkejut apabila nama saya dikaitkan dengan jawatan tersebut. Saya tidak tahu dari mana berita itu tersebar. Sama ada ia adalah perkara yang direka oleh media atau benar-benar ada usaha untuk membawa saya ke Everton, saya tidak pasti.

“Walau apapun, saya boleh mengesahkan bahawa jika ada tawaran sekali pun, saya tidak akan menyertai mereka,” katanya.

Biarpun tidak mendapatkan khidmat Gerrard, Everton mencipta kejutan apabila melantik bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez untuk memikul tanggungjawab berkenaan sekali gus mencetuskan kontroversi kerana kedua-dua pasukan berkenaan adalah seteru setempat.

Namun, Gerrard mengakui bahawa beliau tidak terkejut de­ngan keputusan yang dibuat oleh Benitez kerana sedar bahawa ia adalah sebuah keputusan yang profesional dibuat.

“Rafa tidak lahir di bandar ini, dia tidak menjadi The Reds sepanjang hidupnya serta tidak bermain menentang Everton untuk tempoh 20 tahun. Jadi, saya fikir antara saya dan Rafa ada perbezaan situasi.

“Rafa sentiasa mempunyai pandangan tersendiri, beliau sangat profesional. Saya tidak terkejut dengan kepulangannya semula ke Liga Perdana Inggeris dan mengemudi sebuah pasukan yang boleh dianggap besar untuk menjadi pencabar pada musim baharu nanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI