fbpx

Warden pusat jagaan didakwa rogol penghuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Irang @ Suhiran Aris mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol penghuni wanita sebuah pusat jagaan swasta di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol penghuni wanita sebuah pusat jagaan swasta, Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Irang @ Suhiran Aris, 43, yang merupakan warden di pusat jagaan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol penghuni wanita berusia 33 tahun apabila dia mengetahui tentang kecacatan mental, gangguan emosi atau kecacatan fizikal wanita itu pada perlakuan jenayah.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan selain pengawasan polis maksimum tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala tertuduh diwakili peguam, Datin K. Shamini.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI