fbpx

Polis siasat MP Batu Pahat langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular menunjukkan Mohd. Rashid (kiri) didakwa menikmati juadah bersama dua orang wanita di sebuah ladang pertanian di Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat akan menjalankan siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta beberapa lagi individu lain yang didakwa mengingkari prosedur operasi standard (SOP) apabila menyertai ‘kenduri ketupat’ baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kertas siasatan sudah dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut sehingga gambar aktiviti wakil rakyat itu tular dalam media sosial.

“Pada hari ini, polis mengesan satu hantaran gambar yang tular di media sosial memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat sedang makan bersama dua orang wanita di sebuah ladang pertanian di daerah ini.

“Hantaran berasingan pula mendapati wakil rakyat berkenaan sedang bergambar bersama seorang lelaki dan dua wanita tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru menurut beliau, laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan sudah dibuka untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam gambar berkenaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. Pihak polis akan memanggil wakil rakyat berkenaan dan mereka yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI