fbpx

Peniaga dakwa mi ayam mampu cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai cara unik untuk mempromosikan mi ayam dari gerainya. - Instagram @bocah_dagelang

JAKARTA – Seorang peniaga menarik perhatian ramai apabila mendakwa mi ayam yang dijualnya mampu mencegah jangkitan Covid-19, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Peniaga dari Jawa Timur itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai cara unik untuk mempromosikan mi ayam  gerainya.

Berdasarkan satu video yang dimuat naik di Instagram, peniaga tersebut dilihat menggunakan pembesar suara untuk mempromosikan mi ayam dari gerainya di tepi jalan.

“Pengumuman buat masyarakat Kampung Sumberwaru. Bagi memutuskan rantaian Covid-19, anda disarankan untuk memakan mi ayam,” katanya menerusi pembesar suara tersebut.

Video itu menerima lebih daripada 330,000 tontonan dengan pelbagai komen diberikan oleh netizen yang memuji kreativiti peniaga tersebut, malah ada yang menyelar cara promosinya.

“Apabila kita makan mi ayam, hati kita jadi bahagia. Bahagia itulah yang akan meningkatkan imunisasi,” komen seorang pengguna.

“Pemasaran yang salah,” komen seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN