fbpx

Harga siling Sinovac ditentukan minggu depan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga siling, garis panduan dan syarat penjualan vaksin jenis Sinovac di pasaran tempatan akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata,  vaksin berkenaan akan mula memasuki pasaran swasta mulai Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa vaksin Sinovac akan dipasarkan oleh swasta selepas bekalan untuk kerajaan sudah dipenuhi.

“Bermula Ogos, syarikat farmasi dibenarkan untuk memasarkan vaksin Sinovac di pasaran terbuka.

“Garis panduan itu termasuk penetapan harga siling adalah bagi memastikan vaksin terbabit tidak dijual pada harga yang tinggi,” katanya pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Katanya, beliau juga ingin menjelaskan bahawa Sinovac tidak dikeluarkan daripada PICK sebaliknya ia masih ditawarkan kepada penerima dalam kuantiti sedikit.

Khairy Jamaluddin berkata, dakwaan bahawa kerajaan menghentikan bekalan Sinovac disebabkan vaksin itu kurang popular adalah tidak benar sama sekali.  -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI