fbpx

Gajah masih berkeliaran di Felda Bersia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abot (kiri) yang turut membantu menenangkan Yob Daha (kanan) ketika proses pemindahan gajah jantan liar berkenaan di Felda Bersia, di sini, petang tadi.

GERIK – Dua ekor gajah liar dipercayai masih berkeliaran sekitar Felda Bersia di sini dan tindakan menjejak dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Pasangan gajah jantan dan betina itu sedang dikesan Unit Tindakan Gajah (UTG) Perak selepas menerima aduan penduduk semalam.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, aduan dibuat setelah pihaknya berjaya menangkap seekor gajah liar diberi nama Yob Daha yang memusnahkan tanaman penduduk kampung sama sebelum ini.

“Pagi semalam terima aduan baharu berkenaan dua ekor gajah liar dari penduduk kampung di sini yang berkeliaran memusnahkan tanaman di kebun mereka.

“Pasukan UTG Gerik berjaya menjejak mamalia itu dan kami berharap gajah terbabit masuk kembali ke dalam hutan Gerik,” katanya kepada pemberita pada Ops Pindah Yob Daha di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI