fbpx

Tinggal 4kg syabu dalam bot kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Hizam (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas menerusi Op Jaksa di Perairan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Maritim Malaysia (APMM) negeri Johor telah berjaya merampas dadah disyaki jenis syabu kira-kira seberat empat kilogram dianggarkan bernilai RM200,000 di perairan Pulau Merambong pada awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, rampasan dibuat ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan Ops Jaksa di perairan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, dekat sini.

Katanya, dalam operasi tersebut, kira-kira pukul 3 pagi, pihaknya telah mengesan sebuah bot kayu berada dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika barat daya Pulau Merambong.

“Sebaik sahaja menyedari kehadiran bot ronda APMM, suspek bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek dan melarikan diri ke arah paya bakau berhampiran dan pemeriksaan ke atas bot kayu tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan suspek itu menemui empat bungkusan plastik berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu yang disorok dalam sebuah tong minyak.

“Setiap bungkusan itu dianggarkan seberat satu kilogram dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM215,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bot kayu yang digunaka sindiket pengedaran dadah dirampas dalam Op Jaksa di Perairan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor semalam.

Nurul Hizam berkata, kesemua empat bungkusan disyaki dadah jenis syabu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor untuk siasatan lanjut.

Katanya, bot kayu dinaiki suspek yang menggunakan enjin sangkut jenama Suzuki 15 kuasa kuda telah ditunda ke Jeti Maritim Sungai Pulai.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI