fbpx

Pustakmar TLDM bantu keluarga susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pustakmar TLDM menyampaikan sumbangan kepada keluarga terkesan di Lumut baru-baru ini.

LUMUT – Tidak hanya bertugas di lautan, warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga enggan ketinggalan untuk membantu golongan terkesan disebabkan pandemik Covid-19 apabila melaksanakan program jiwa murni baru-baru ini.

Inisiatif Pusat Taktik Maritim (Pustakmar) Pangkalan TLDM Lumut telah menyantuni 90 keluarga menerusi penyerahan barang-barang keperluan harian.

Menurut kenyataan Pustakmar Pangkalan TLDM Lumut, sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil-wakil penduduk tiga buah perkampungan iaitu Kampung Serdang, Kampung Teluk Batik dan Kampung Permatang.

“Bantuan ini adalah hasil sumbangan daripada markas-markas, kapal-kapal TLDM dan pasukan dalam Pangkalan TLDM Lumut selain sumbangan pertubuhan kemasyarakatan setempat.

“Sebalik tugas hakiki menjaga kedaulatan negara, TLDM tidak melupakan tanggungjawab untuk menabur bakti kepada komuniti setempat,” ujar kenyataan tersebut.

Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Pustakmar, Laksamana Pertama Farizal Myeor.

Program ini dipilih sebagai Program Jiwa Murni Pustakmar sejajar dengan situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda dan menjejaskan pendapatan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI