fbpx

Solat Aidiladha di Perlis patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 300 penduduk menunaikan solat Aidiladha di Dataran Istiadat Istana Arau pada semalam.

KANGAR – Polis Perlis mendapati tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di kawasan lapang masjid pada semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, pemantauan mendapati kalangan jemaah mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

“Tiada pelanggaran SOP yang berlaku semasa solat sunat Aidiladha yang dilaksanakan semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pengguna akaun Facebook yang mempertikaikan kebenaran pelaksanaan solat Aidiladha di kawasan lapang di pekarangan seluruh masjid di negeri ini.

Kata beliau, pihaknya setakat ini tidak menerima laporan berhubung tindakan pengguna akaun Facebook tersebut.

“Kami tidak dapat laporan jadi tiada siasatan yang dijalankan selagi belum ada laporan. Apa pun, tiada pelanggaran SOP semasa solat sunat Aidiladha ditunaikan semalam,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI