fbpx

[VIDEO] Lelaki ‘berdebat’ dengan polis, ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan kehadiran beberapa anggota dan pegawai polis di kediaman lelaki itu semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang tular sebelum ini dengan membuat provokasi terhadap anggota polis dengan berdebat mengenai kesalahannya, ditahan pihak berkuasa itu semalam.

Difahamkan lelaki tersebut ditahan di kediamannya oleh pihak polis susulan video tular yang dirakam di sebuah stesen minyak sebelum ini selepas dia melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Melalui satu klip video yang dirakam sendiri oleh lelaki tersebut, beberapa pegawai serta anggota polis hadir ke kediamannya dan ingin membawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Seorang pegawai polis menjelaskan bahawa dia ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya.

Selepas mendapat penjelasan daripada pegawai polis, lelaki tersebut sekali lagi dilihat membuat provokasi dengan meminta pengenalan diri pegawai polis terbabit.

“Berani kerana benar, aku akan lawan,” jelas lelaki itu sambil menenangkan ibunya yang kelihatan cemas selepas melihat kehadiran pihak polis.

Terdahulu, satu klip video memaparkan seorang lelaki berdebat dengan pihak polis selepas dia dikesan melanggar SOP kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam (stesen minyak) viral di media sosial semalam.

Tindakannya itu turut mendapat kecaman orang ramai dan menyifatkan lelaki tersebut terlampau ‘bijak’ sehingga menyeksa diri sendiri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI