fbpx

Jumlah PATI ramai, lewat tiba punca KLIA sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kesesakan luar biasa membabitkan ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini bukan disebabkan masalah terkandas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, mereka yang terlibat juga bukan diminta berkumpul di lokasi tersebut, sebaliknya menunggu giliran bagi membayar kompaun.

“Mereka menunggu giliran bagi mebayar kompaun RM500 dan mendapatkan memo periksa keluar sebelum meninggalkan negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau merujuk laporan berita beberapa akhbar tempatan yang mendakwa ramai PATI ‘tersangkut’ di KLIA dan terlepas penerbangan kononnya urusan memproses dokumen di kaunter Imigresen mangambil masa agak lama.

Sambutan luar biasa mereka itu susulan pelaksanaan Program Rekalibrasi Pulang kelolaan jabatan tersebut sebagai pelan pemutihan PATI sejak dilancarkan Disember lalu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, rakyat asing itu yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa ‘merebut’ peluang balik melalui kaunter khas imigresen yang dibuka dari 5 Julai lalu.

“Setakat semalam, seramai 3,483 PATI telah pulang ke negara mereka melalui khidmat kaunter ini.

“Ini membuktikan sambutan program rekalibrasi sangat menggalakkan,” kata beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI