fbpx

[VIDEO] Warga asing didakwa solat sunat Aidiladha beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangap layar video tular memaparkan warga asing mengadakan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru hari ini.

SEBERANG PERAI – Ratusan individu dipercayai warga asing didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.

Dakwaan itu dibuat orang awam yang membuat rakaman video acara itu sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.

Rakaman dari sebuah kerera itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.

Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Mereka dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang sedang dilaksanakan.

Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI