fbpx

Fasih Tamil, dapat diskaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita dipuji orang ramai kerana kepetahannya dalam berbahasa Tamil.

PETALING JAYA – Seorang wanita Melayu dipuji orang ramai apabila fasih berbahasa Tamil ketika membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh pemilik berbangsa India.

Perkongsian satu klip video di laman YouTube NuR MuHD menyaksikan seorang wanita Melayu bertudung memilih barangan keperluan di sebuah kedai runcit dengan fasih bertutur menggunakan bahasa Tamil mencuit hati pemilik kedai tersebut.

Pemilik kedai runcit itu sempat bergurau dan berkata, disebabkan dia (wanita) itu pandai berbahasa Tamil, barang yang dibeli itu akan diberi dengan harga diskaun.

“Jangan risau, saya bagi diskaun. Awak memang pandai berbahasa Tamil, saya terkejut dengan kefasihan berbahasa awak,” jelas pemilik kedai runcit itu.

Rata-rata orang ramai memuji wanita tersebut dan menyifatkan dia seorang yang berani mencuba dan belajar bahasa yang jarang dipelajari oleh rakyat Malaysia yang lain.

“Sepatutnya masyarakat Malaysia perlu berani seperti kakak ini, saya sendiri juga masih belajar bahasa Tamil tetapi tidak secekap kakak ini,” jelas Nur Seri Nilam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI