fbpx

Ifa Raziah akhirnya dicucuk Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFA berkongsi momen dia sudah menerima vaksin jenis Pfizer di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi hari ini.

PETALING JAYA – Hasrat penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah untuk menerima suntikan vaksin jenis Pfizer BioNTech akhirnya tercapai apabila akhirnya menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor, hari ini.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 46, bersyukur apabila proses vaksinasinya berjalan lancar. Dia turut berterima kepada pusat perubatan terbabit kerana memberikan layanan yang sempurna.

“Alhamdulillah saya sudah mendapat suntikan vaksin Pfizer untuk dos pertama di sebuah hospital di Bangi.

“Terima kasih banyak-banyak di atas layanan yang diberikan. Semua kakitangan sangat baik dan prihatin kepada semua pengunjung yang hadir menerima suntikan vaksin,” katanya menerusi satu hantaran video Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik, pelantun lagu Ser… Ser… Ser… itu kelihatan tenang menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan selain berkongsi proses suntikan yang dilakukan.

Sebelum ini, Ifa mencetuskan kontroversi apabila menolak penerimaan vaksin Sinovac disebabkan kekeliruan dan salah faham yang terjadi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Kata Ifa, keputusannya untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer bukan sekadar mengada-ngada tetapi atas nasihat doktor yang memaklumkan dirinya berdepan masalah kesihatan serta mempunyai alergi atau alahan terhadap ubat-ubatan tertentu. – K! 0NLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN