fbpx

Tidak dibenarkan guna surat MITI untuk rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak dimanipulasi untuk tujuan pulang beraya bermula 18 hingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Acryl Sani

“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada salah guna surat kebenaran MITI sebagai kelulusan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri telah diarah meningkatkan penguatkuasaan.

“Semua SJR di sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini bagi pergerakan rentas negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Acryl, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan tersebut akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, larangan ini bagaimanapun tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI