fbpx

Redup mata tengok Nadia Brian bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA BRIAN

SEJUK mata Diva melihat Nadia Brian apabila dia memuat naik foto memakai hijab dalam Instagramnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Nadia berkata bahawa dia berdoa semoga suatu hari nanti hatinya terbuka untuk tampil sopan sebegitu dengan menutup aurat

“Insya- Allah, satu hari nanti. Kita doa yang baik-baik,” tulisnya ringkas.

Apabila dia tampil dengan imej Muslimah sebegitu, ramai peminatnya turut mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka berubah menjadi wanita solehah suatu hari nanti.

“Suka tengok Nadia bertudung. Semoga terbuka hati untuk memakai tudung,” tulis seorang pengikut Instagramnya.

Kita doakan yang baik-baik untuk Nadia. Semoga niatnya untuk bertudung termakbul satu hari nanti. Hidayah Allah SWT boleh tiba bila-bila masa sahaja.

DIVA: Khabarnya pelakon yang digelar ‘ratu bulu mata’ siapa lagi kalau bukan Che Ta dah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin. Dapat vaksin jenis Pfizer lagi tau!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI