fbpx

Lelaki jual durian kampung RM500 sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan durian kampung berharga RM500 yang telah 'singgah' di atas sebuah kereta.

PETALING JAYA – Jangan terkejut bila anda melihat seorang lelaki menjual durian kampung sehingga RM500 sebiji di laman sosial.

Ini kerana klip video dikongsi di laman Tiktok milik @juneysbakery itu tidak menggambarkan harga sebenar buah tersebut.

Tetapi, ia adalah harga yang perlu dibayar lelaki itu bagi membaiki cermin keretanya yang dipecah gara-gara ditimpa raja buah yang gugur.

Menurutnya durian kampung tersebut ‘mahal’ harganya kerana ia tidak jatuh atas tanah sebaliknya jatuh di atas cermin belakang sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Susulan tular video berdurasi 53 saat itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

“Kau tahu kan yang durian bila-bila masa je dia boleh terjun, kalau dia nak terjun dia dah tak bagi warning dah dia terjun je,

“Yang kau gi park keta bawah pokok tu dah kenapa, kan dah mendapat,” tulis Ain Hamid.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azlina Nabila.

“Ni mesti parking kereta kat bawah pokok durian tu kan? bukan salah durian, salah kamu,” katanya.

Selain menyalahkan pemilik kereta itu yang cuai orang ramai turut mendoakan agar lelaki berkenaan digantikan dengan rezeki yang baharu.

“Mungkin ini takdir buat kamu, bertabahla nanti Allah ganti dengan rezeki lain, semoga dipermudahkan urusan bro,” tulis Mat Jaki Kepong,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI