fbpx

Haily catat pendapatan RM43.30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Haily Group Bhd. (Haily) mencatat pendapatan sebanyak RM43.30 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, nilai tersebut sebahagian besarnya disumbangkan oleh segmen pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman Kumpulan yang berjumlah RM43.21 juta atau 99.80 peratus daripada keseluruhan pendapatan.

Menurut beliau, bakinya pula disumbangkan daripada segmen pembinaan kejuruteraan awam dan penyediaan sewa mesin serta peralatan pembinaannya.

“Kumpulan telah mengharungi keadaan ekonomi yang mendung dan buku pesanan yang tidak ditagih dijangka terus menjana pendapatan sehingga 2023,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Haily bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 21 Julai ini.

Kumpulan kini mempunyai 18 projek pembinaan bangunan serta dua projek pembinaan berkaitan dengan kejuruteraan awam yang sedang dalam pembinaan.

Menurut Tin Hai, jumlah nilai kontrak terjamin dan nilai kontrak tanpa bil masing-masing adalah RM460.04 juta dan RM249.58 juta.

“Susulan ketidaktentuan yang timbul daripada pandemik Covid-19, Kumpulan tetap optimis terhadap prospek dan prospek industri pembinaan dengan pemulihan yang diharapkan pada akhir tahun kewangan semasa. 

“Walaupun begitu, Kumpulan telah bertahan setakat ini dan kami menjangkakan keputusan kewangan untuk tahun kewangan 2021 akan tetap memberangsangkan,” ujarnya.