fbpx

2,461 kes dera kanak-kanak dalam lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

REMBAU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 2,461 kes penderaan terhadap kanak-kanak dalam tempoh lima bulan sejak Januari hingga Mei lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, rekod itu diperoleh daripada Talian Kasih dengan kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penderaan dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

“Laporan yang diterima akan disiasat dan sekiranya mempunyai bukti, kes akan dirujuk kepada polis.
“Kebanyakan kes (penderaan) yang kita terima adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri dan bukannya orang luar,” katanya ketika Lawatan Ihsannya kepada anak-anak Bekas Penguni Rumah Bonda di Rumah Kanak-kanak Rembau, di sini, tadi.

Rina meminta orang ramai segera membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis ataupun Talian Kasih 15999 dan talian whatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sekiranya mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes penderaan atau eksploitasi kanak-kanak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI