fbpx

Terjun mampu tampil aksi luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD penerjun kebangsaan mendengar amanat daripada Reezal Merican ketika melakukan tinjauan ke pusat akuatik di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican optimis skuad penerjun negara mampu menampilkan aksi luar biasa menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tegas Reezal, pihaknya ber­puas hati dengan persiapan kelima-lima atlet terjun negara dan berharap pengalaman di pentas antarabangsa mampu menjadi bekalan terbaik untuk melakar sejarah di bumi Jepun.

Lima penerjun berpengalaman negara, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee dilihat bersedia memulakan perjuangan di Tokyo yang membuka tirai pada 23 Julai ini.

REEZAL MERICAN

“Hari ini saya membuat tinjauan ke pusat akuatik untuk bertemu dengan atlet-atlet terjun yang akan berlepas ke Tokyo bersama Datuk Lee Chong Wei selaku Chef de Mission (CDM).

“Ini titipan terakhir untuk saya maklumkan kepada kelima-lima penerjun negara. Ke­semua mereka saya lihat dalam kesiapsiagaan dan bersemangat tinggi. Justeru, saya meletakan harapan dan sandaran untuk mereka lakukan terbaik.

“Ada dalam kalangan mereka sudah memenangi pingat pada Olimpik seperti Jun Hoong dan Pandelela. Ada juga berada di podium pada kejohanan dunia se­perti Mun Yee. Sukan Olimpik bukan penampilan sulung mereka.

“Jadi, saya fikir bahawa kita perlu letakkan penanda aras iaitu perlu melakukan lebih baik berbanding apa yang mereka sudah capai sebelum ini. Itulah harapan yang saya letakkan kepada mereka.

“Selebihnya kita serahkan kepada mereka, mana tahu dengan semangat juang tinggi mereka dapat mencipta sejarah sendiri dan juga negara. Kita doakan selamat maju jaya kepada barisan atlet negara,” katanya.

Sementara itu, Reezal Merican berharap rekod tiga pingat perak yang diraih Chong Wei pada temasya empat tahun sekali itu dapat dipecahkan.

“Chong Wei sudah mencuba tiga pentas Olimpik, meraih pe­rak di Beijing, perak di London dan perak terakhir di Rio. Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti dia juga mahu rekodnya dipecahkan,” katanya.

Untuk rekod, pada edisi Sukan Olimpik Rio 2016, Malaysia me­raih perak dalam acara 10 meter (m) terjun seirama menerusi Jun Hoong dan Pandelela, manakala pingat gangsa pada Sukan O­limpik London 2012 menerusi Pandelela dalam acara 10m platform.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI