fbpx

Jangan rentas negeri untuk sambut Aidiladha – Sultan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan semua rakyat Kelantan supaya kekal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dengan tidak merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd. Shafriman Nik Hassan berkata, baginda bertitah, tidak berjumpa dengan ibu bapa dalam pandemik bukan bermakna tidak menyayangi mereka.

Katanya, sebaliknya baginda menegaskan, ia adalah pilihan yang lebih bertanggungjawab demi melindungi keluarga masing-masing.

“Apabila kita tidak berjumpa dengan mereka, kita tidak mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan virus Covid-19 yang kini mempunyai mutasi yang semakin ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.

“Dengan kes positif di negeri Kelantan yang masih berada di paras tiga angka, rakyat perlu sentiasa berwaspada dengan tidak alpa dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti sentiasa memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan sosial, dan menjaga kebersihan diri supaya tidak dijangkiti virus Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI