fbpx
Caprice dan Ebit Lew

Caprice dakwa disekat di Instagram Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram, hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 hantaran Instagram Stories petang tadi.

Tangkap layar beberapa tulisan Caprice ‘menegur’ tingkah laku Ebit melalui Instagram Stories miliknya hari ini.

Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong pendakwah yang disegani ramai itu.

“UEL (Ustaz Ebit Lew) baru saja kehilangan arwah ayah beliau. Awak boleh pula hendak serang dan perli ustaz ketika ini,” komen @arsyadrosman.

“Kalau boleh, tengok dan baca kedua-dua belah pihak. Jangan sokong sesiapa lagi. Serius,” ujar @fdlismazairi.

Caprice menyatakan beliau telah menghantar mesej peribadi kepada Ebit berhubung isu tersebut baru-baru ini.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice hangat diperkatakan selepas penyanyi itu memberitahu bakal mendedahkan satu perkara yang akan mengejutkan orang ramai pada 21 Julai ini.

Dalam pada itu, pengguna-pengguna media sosial turut mendakwa Caprice menyindir seseorang di laman sosial miliknya melalui ruangan kapsyen dan komen.

Pengguna-pengguna media sosial turut membuat spekulasi dan mendakwa penyanyi itu sedang menyindir Ebit di laman sosial miliknya.

Terdahulu, Caprice berangkat ke Gaza, Palestin pada 24 Jun lalu untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana.

Namun, beliau dikatakan masih belum boleh memasuki Gaza dan kini berada di Kaherah, Mesir – K! ONLINE