fbpx

Kemunculan buaya gempar penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JHLS berjaya menangkap seekor buaya dianggarkan sepanjang tiga meter di Kampung Takuli, Beaufort kelmarin. -Foto IHSAN JHLS SABAH

BEAUFORT – Penduduk Kampung Takuli, dekat sini digemparkan dengan kemunculan seekor buaya berukur kira-kira tiga meter yang berjaya ditangkap Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr. Sen Nathan berkata, buaya terbabit ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang di kawasan sungai berhampiran kampung berkenaan.

“Pemasangan perangkap dibuat di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi laluan reptilia terbabit selepas menerima aduan penduduk kampung yang mendakwa melihat kelibat buaya di kawasan itu.

“Tiga hari selepas pemasangan perangkap, kita dimaklumkan oleh penduduk kampung buaya berkenaan sudah memasuki perangkap dan JHLS terus mengambil tindakan segera,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sen berkata, operasi mengambil reptilia terbabit dilaksanakan oleh kakitangan JHLS terlatih seawal pukul 6.30 pagi menggunakan peralatan khas.

Menurutnya, JHLS berjaya menangkap buaya sepanjang kira-kira tiga meter dari perangkap yang diletakkan di sungai berkenaan sebelum dipindahkan ke Pusat Penyelamatan Hidupan Liar di Potuki, Lok Kawi untuk penjagaan dan rawatan.

“Kehadiran buaya ini boleh membahayakan penduduk setempat khususnya kanak-kanak.

“JHLS amat menghargai tindakan penduduk kampung yang melaporkan kehadiran buaya di kawasan perkampungan mereka,”katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI