fbpx
Klip video menyaksikan orang ramai mengaut durian dari sebatang sungai baru-baru ini.

[VIDEO] Durian hanyut, bukan durian runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kesempatan ketika hujan lebat beberapa hari lalu, penduduk dari sebuah kampung yang difahamkan di Raub, Pahang mendapat durian hanyut dari sebatang sungai.

Satu klip video yang tular di laman sosial ketika ini menyaksikan sekumpulan pemuda mengaut buah durian yang dipercayai hanyut dibawa oleh air deras sebatang sungai.

Video berdurasi dua minit itu memperlihatkan kumpulan penduduk kampung itu hanya perlu tunggu di atas sebuah jambatan sambil menunggu buah durian yang hanyut berkemungkinan dari kebun berdekatan mereka.

“Boleh makan free, harga tengah yahudi sekarang ni,” jelas seorang pemuda dalam video klip tersebut.

Rata-rata orang ramai menyifatkan itu rezeki kepada mereka kerana jika tidak diambil, buah tersebut akan hanyut dan rosak.

“Bagus la mereka ambil, kalau tidak rosak sahaja buah yang harga tengah mahal sekarang ni, jangan ada yang jadi ustaz online pula dalam ni,” jelas @WanAzuan.

Sementara itu, @Faizul_Jo pula berkata, penduduk tersebut tidak perlu pergi ke kedai untuk mendapatkan raja buah itu, hanya tunggu di sungai sahaja.

“Mungkin durian ni datang dari kebun haram hari tu. Ok la tidak perlu ke kedai hanya kaut dengan jaring je,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929