fbpx

5 juta penduduk Jakarta dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki sedang mendapatkan suntikan vaksin daropada petugas kesihatan di Tanah Abang Februari lalu. -AFP

JAKARTA – Satu tinjauan kesihatan terbaharu mendapati hampir separuh daripada penduduk Jakarta dipercayai telah dijangkiti Covid-19, lapor stesen penyiaran CNN, kelmarin.

Jumlah itu adalah 12 kali ganda berbanding jumlah kes yang direkodkan di ibu negara Indonesia itu ketika penyelidikan tersebut dijalankan pada Mac lalu.

Tinjauan yang diterbitkan pada 10 Julai itu mengesan antibodi koronavirus dalam sampel darah 5,000 orang sekitar bandar itu.

Keputusan menunjukkan 44.5 peratus daripada kumpulan itu mempunyai antibodi yang menunjukkan mereka telah dijangkiti Covid-19.

Laporan tersebut merupakan kolaborasi antara Pejabat Kesihatan Jakarta, Fakulti Kesihatan Masyarakat Universiti Indonesia, Institut Eijkman untuk Biologi Molekul dan staf dari Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat yang berpusat di Indonesia.

Menurut penyelidik, seramai 4.7 juta individu telah dijangkiti Covid-19 di ibu negara Indonesia yang mempunyai populasi 10.6 juta penduduk.

“Melalui tinjauan ini, kami menganggarkan jumlah penduduk Jakarta yang telah dijangkiti virus Covid-19 sama ada melalui ujian saringan tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (RT-PCR) atau tidak,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Jakarta, Widyastuti dalam satu sidang akhbar secara maya.

Menurut data Kementerian kesihatan Indonesia, Jakarta merekodkan lebih 382,000 kes Covid-19 pada 31 Mac lalu ketika tinjauan itu berakhir.

Sehingga kelmarin, jumlah itu meningkat kepada 689,243.

Seorang ahli epidemiologi dari kampus kesihatan awam Universiti Indonesia, Dr. Pandu Riono berkata tinjauan tersebut mendapati sesetengah individu mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

“Mereka yang tinggal di kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi lebih mudah dijangkiti Covid-19. 

“Dalam kes ini, mereka yang memiliki berat badan berlebihan dengan kadar gula darah tinggi juga lebih berisiko,” katanya.

Saintis berkata Jakarta perlu menggiatkan proses pemberian vaksin kepada penduduknya untuk mewujudkan imuniti berkelompok terhadap virus itu.

“Di sebuah bandar besar seperti Jakarta yang memiliki laluan keluar masuk antara wilayah yang tinggi, sasaran imuniti kelompok agak sukar dicapai,” kata para penyelidik.

Di Jakarta, lebih 1.95 juta penduduk atau 18 peratus daripadanya telah divaksin penuh. 

Setakat ini, republik itu telah memvaksin penuh 5.5 peratus daripada populasi keseluruhan 270.6 juta rakyatnya. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI