fbpx

20 artis otai terima bantuan fasa keenam YKAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA artis veteran yang menerima bantuan daripada YKAT hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 20 orang artis tanah air menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur menerusi bantuan fasa keenam oleh Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) hari ini.

Menerusi sumbangan tersebut, setiap penerima bantuan mendapat barangan keperluan dapur berjumlah RM200 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang dikeluarkan YKAT adalah sebanyak RM4,000 yang dihantar ke rumah masing-masing pada 12 dan 13 Julai lalu oleh pihak Lulu Market.

Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave berkata, pihaknya tidak akan berputus asa untuk membantu meringankan beban golongan artis lebih-lebih lagi ada dalam kalangan mereka tidak dapat keluar bekerja ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) pada masa ini.

“Alhamdulillah sehingga kini, kami masih berusaha untuk membantu rakan-rakan artis dalam pelbagai bentuk seperti kewangan dan barangan keperluan dapur.

“Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi YKAT.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, YKAT faham akan situasi yang dilalui segelintir artis seperjuangan, lebih-lebih lagi ada antara mereka terpaksa menanggung keperluan keluarga.

“Kami berharap agar bencana ini (Covid-19) akan segera berakhir supaya kami (artis) boleh bergerak untuk mencari pendapatan seperti biasa,” katanya.

Selain DJ Dave, YKAT turut diterajui lapan orang pemegang amanah iaitu Datuk M. Nasir, Datuk Nash, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nancie Foo, Datuk Khairudin, Dr. Kanagarajan dan Colin Edmonds.

Antara 20 selebriti pelbagai bangsa yang menerima sumbangan peringkat keenam itu Sathia, Jaafar Onn, AR Badul, Shima, Roy, M Jamil, Cef Yang Jamil, Aai Samudera, Mus Kemala, R Ramesh, M Sivaperuman, N Raman, A Samala, R Balakrishnan, Wong Seong Kin, Leong Ah Kau, Ng Kim Ying, Hon Yit Sin, Gan Chu Lian dan Margerat Gan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI