fbpx

Warga emas maut kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan.

GOPENG – Seorang pemandu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampar – Ipoh dekat Kampung Jeram di sini hari ini.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki satu pasangan setelah bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang lelaki.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.38 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng telah dikerah ke tempat kejadian.

“Pemandu Perodua Myvi yang mengalami kecederaan parah tersepit di dalam kereta telah dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa, Abd Rane Saed, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap tersebut.

Penumpang wanita Perodua Myvi dan pemandu Proton Persona bagaimana pun cedera ringan dan diberikan rawatan oleh petugas perubatan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI