fbpx

[VIDEO] Pensyarah IPG maut, Ford Ranger terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu mangsa yang telah dinaikkan selepas terjunam ke dalam sungai di Kampung Chica Tinggi, Pasir Mas semalam. Ihsan Media Sosial

PASIR MAS – Seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Kampung Chicha Tinggi di sini semalam.

Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku ketika mangsa Abdullah Derahman, 56, yang bertugas di IPG Kota Bharu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger melalui jambatan Paloh.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah dari Paloh menghala menuju ke Chicha Tinggi.

Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh penghadang besi jambatan.

“Insiden itu menyebabkan kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya telah terjunam dalam sungai.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI