fbpx

Jangan ada atlet dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (kanan) menerima kotak daripada Reezal Merican yang mengandungi ‘wishlist’ daripada barisan atlet kebangsaan yang hanya akan dibuka jika pulang dengan pingat emas pada dua temasya berkenaan. – KBS

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa barisan atlet agar menjaga diri daripada dijangkiti Covid-19 pada Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun nanti.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika ada atlet didapati positif Covid-19 pada dua temasya berprestij dunia itu.

“Kita akan berbincang dengan KKM apa yang kita boleh lakukan bagi pastikan tiada atlet yang tidak diberikan perhatian di sana. Kalau boleh jangan ada satu pun atlet yang dijangkiti.

“Kalaulah ada, kita akan sediakan sebaik mungkin bantuan untuk mereka. KKM dan MKN sentiasa bersedia kalau berlaku perkara tidak diingini,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 semalam.

Seramai 30 atlet negara akan mengambil bahagian dalam 27 acara membabitkan 10 jenis sukan pada Sukan Olimpik 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2020 bermula 24 Ogos hingga 5 September nanti dijangka melibatkan 31 atlet termasuk tiga pemenang pingat emas olahraga para edisi 2016 iaitu Ridzuan Puzi, Latif Romly dan Ziyad Zolkefli.

Sebagai rekod, kumpulan pertama atlet negara terdiri daripada empat pelayar sudah berlepas ke Tokyo pada 8 Julai lalu, manakala kumpulan kedua dan ketiga dijadualkan berlepas pada 16 dan 25 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI