fbpx

HTAR nafi jabatan kecemasan ‘dikosongkan’ untuk lawatan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) Klang dekat sini menafikan dakwaan kenyataan yang telah tular mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) ‘dikosongkan’ kerana menerima lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, ini kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit.

Katanya, trend semasa di ETD hospital itu menerusi kes harian oleh unit pengurusan katil adalah antara 150 sehingga 180 pesakit.

Tangkap layar kenyataan mesej yang tular semalam

Manakala pesakit yang masih belum menerima rawatan di ETD setakat semalam adalah seramai 117 orang.

“Pada 8 Julai lalu, wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan jabatan itu telah dikenalpasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

“Manakala, pada 9 Julai pula, kompleks rawatan harian ( ACC ) telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad sementara merawat pesakit Covid-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook HTAR hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan mesej dan gambar menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa ETD HTAR menjadi kosong semasa Muhyiddin melawat hospital itu semalam.

Tangkap layar kenyataan mesej yang tular semalam

Beliau menambah kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad dan bukan daripada ETD.

Jelas Zulkarnain, pemindahan pesakit Covid-19 ke ACC adalah pelan kontigensi yang diambil pengurusan bencana peringkat hospital. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI