fbpx

Ubah gaya tampak lebih menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALAU apapun gaya anda, seharusnya ia nampak bersahaja serta tidak keterlaluan.

PAKAIAN merupakan ekspresi luaran yang lahir dari dalam diri individu atau seseorang. Walau apapun gaya anda, seharusnya ia nampak bersahaja dan tidak keterlaluan.

Kini tiada lagi manual undang-undang dalam berfesyen serta gaya yang terlalu mengikut aliran.

Paling penting adalah gaya individu. Anda hanya perlu bijak bereksperimentasi dan yakin dengan penampilan sendiri.

Gaya adalah sesuatu yang peribadi. Jika anda rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat itu dan bereksperimentasilah dengan fesyen.

Tiada siapa yang sepatutnya memberitahu anda tentang bagaimana untuk berpakaian. Setiap kita punya gaya individu tersendiri.

Sememangnya untuk kelihatan menarik, kadangkala kita perlu membuat sedikit perubahan pada gaya.

Saya titipkan beberapa definisi gaya yang dirasakan perlu ada pada lelaki yang mementingkan keterampilan diri dalam menyerlahkan keperibadian mereka.

BERPAKAIAN penuh gaya dapat dicapai jika kita tahu menata gaya secara keseluruhan.

1. Pakaian sesuai ke pelbagai acara

Sebanyak 80 peratus daripada gaya adalah dengan mempunyai pakaian yang sesuai untuk pelbagai acara dan majlis.

Sejak kebelakangan ini, walaupun kod berpakaian lebih terbuka dan fleksibel, tetapi perlu diingat masih ada etika berpakaian yang perlu diikuti.

Contohnya, apabila anda kurang pasti tentang etika pakaian formal sama ada untuk menghadiri mesyuarat perniagaan atau parti koktel. Jalan paling selamat adalah memakai tali leher ke majlis tersebut.

2. Sesuai potongan badan

Bukan mahal atau murah sesuatu pakaian yang menjadi aspek utama dalam penampilan seharian.

Perlu diingat, sebenarnya untuk kelihatan hebat dalam apa sahaja yang kita gayakan, pakaian perlu sesuai dengan potongan badan, gaya, imej serta personaliti secara keseluruhan.

Kita memang kadangkala amat teruja untuk memakai segala yang menjadi look of the moment.
Tetapi jangan kesemuanya dipakai dalam satu masa, kerana ia akan kelihatan agak keterlaluan dan mungkin akan menjadi umpatan mereka yang melihat.

3. Konservatif

Apabila memilih sut, lelaki  harus mencari yang paling sesuai dan selesa digayakan. Bukan memilih sut yang hebat dari segi rekaan, tetapi nampak janggal apabila dipakai.

Dalam lingkungan yang konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan formal.

Pemilihan warna untuk sut perniagaan lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu.

Lelaki perlu mengelakkan memakai aksesori pelik dan agak berat serta keterlaluan untuk dipakai ke pejabat. Ia hanya sesuai digayakan selepas waktu bekerja.

SEBANYAK 80 peratus daripada gaya adalah dengan mempunyai pakaian yang sesuai untuk
pelbagai acara dan majlis.

4. Keseluruhan gaya

Setiap kali menggayakan sesuatu pakaian berserta padanannya sekali, pastikan anda melihat secara keseluruhan rupa.

Jaket, kemeja, tali leher, seluar dan kasut mungkin berkualiti daripada jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan antara satu sama lain?

Berpakaian dengan penuh gaya dapat dicapai jika kita tahu menatanya secara keseluruhan untuk kelihatan menarik pada pandangan orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI