fbpx

Straits bakal bina hab STS terbesar di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Straits Inter Logistics Bhd. (Straits) telah menerima kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia untuk Victoria STS (Labuan) Sdn. Bhd. (Victoria STS) membangunkan hab pemindahan tenaga kapal ke kapal (STS) luar pesisir bersepadu di Teluk Victoria, Labuan. 

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Ron Ho Kam berkata, pihaknya bercadang untuk membangunkan hab STS menjadi salah satu hab pemindahan tenaga bagi gas petroleum cecair (LPG) dan juga simpanan gas asli cecair (LNG) pesisir terbesar di Asia.

Ini disokong oleh kedudukan Teluk Victoria yang terletak di laluan dagangan bagi kapal tenaga antarabangsa.

“Kami teruja dengan perancangan baharu untuk membangunkan hab pemindahan STS yang mana ia akan menjadi penanda utama bagi Kumpulan Straits.

“Selama ini Straits telah membangunkan infrastruktur komprehensif dan meluaskan asas pelanggan, melalui projek hab STS ini, ia akan menggalakkan Kumpulan melangkah dalam bidang tenaga alternatif dan kelestarian. 

“Projek ini juga sebagai langkah awal buat Kumpulan untuk menjadi pemain utama dalam industri tenaga alternatif dan kelestarian selain memfokuskan kepada perniagaan sedia ada iaitu pengangkutan bahan api serta operasi pelabuhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Bagi mendapat kefahaman tentang operasi hab STS, boleh layari https://youtu.be/aRdXXYZfFu4

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI