fbpx

Rugi RM85,000, ditipu jual beli sarung tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan jual beli sarung tangan membabitkan kerugian sebanyak RM85,000 di sini pada 11 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis membabitkan kes penipuan terbabit pada 4 Jun lalu.

“Dalam kedua-dua kes, mangsa telah berkenalan dengan seorang individu dan telah ditawarkan untuk membeli sarung tangan getah. Kes melibatkan kerugian berjumlah RM85,000.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun di sebuah rumah sekitar Kampung Baru yang disyaki terlibat dalam kes ini pada 11 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, individu terbabit telah dituduh di Mahkamah Majistret 2, Jalan Duta semalam di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu namun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan hanya membeli barangan di kedai atau premis yang sah bagi mengelakkan penipuan.

“Orang ramai juga harus menyemak latar belakang syarikat atau perniagaan sebelum membuat sebarang transaksi,” jelasnya. – K! ONLINE.

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI