fbpx

PPV IDCC ditutup sehari susulan kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDCC dikunjungi jumlah penerima vaksin yang agak ramai setiap hari.

PUTRAJAYA – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, Selangor akan ditutup hari ini susulan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, langkah segera penutupan selama sehari itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai lalu untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika.bergejala.

“Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin,” katanya di sini malam tadi.
Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-88934303. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI